AutomotifGaya HidupRencana

Yamaha RX-Z 135: Dari Motor Idaman Menjadi Legenda

Share
Share

Ada motosikal yang kita ingat kerana spesifikasinya. Ada juga yang kita ingat kerana bunyi enjinnya, rupanya atau kerana pada satu ketika dahulu, motosikal itu pernah menjadi sebahagian daripada hidup kita.

Bagi ramai orang di Malaysia, Yamaha RX-Z adalah salah satu daripadanya.

Bila nama RX-Z disebut, biasanya terus terbayang motosikal dua lejang dengan bunyi enjinnya yang tersendiri, bentuk yang ringkas tetapi sporty dan satu zaman ketika motosikal bukan sekadar alat untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Bagi anak muda ketika itu, motosikal juga berkait dengan kebebasan, gaya dan rasa bangga apabila berjaya memiliki jentera sendiri.

Saya sendiri pernah melalui zaman itu.

Sekitar tahun 1993 hingga 1995, saya memiliki sebuah Yamaha RX-Z Boss 6-speed. Itu merupakan motosikal pertama yang saya miliki dalam hidup saya. Pada waktu itu, RX-Z bukanlah motosikal untuk disimpan sebagai koleksi atau untuk dipamerkan. Saya menggunakannya untuk kerja despatch, jadi motor itu memang bekerja bersama saya setiap hari.

Bila ada masa lapang atau cuti, RX-Z itu juga yang saya gunakan untuk keluar beriadah dan sesekali ikut konvoi kecil bersama kawan-kawan. Konvoi zaman dahulu tidaklah seperti sekarang. Tiada media sosial untuk mengumpulkan ratusan pemilik RX-Z, tiada WhatsApp untuk buat group dan tiada acara besar seperti yang kita lihat hari ini. Biasanya sekadar beberapa orang kawan, masing-masing dengan motor sendiri, kemudian keluar bersama.

Pada zaman itu juga, RX-Z mempunyai aura yang agak sukar diterangkan kepada generasi hari ini. Ia bukan sekadar motosikal 135cc. Ia menjadi satu bentuk status dalam kalangan anak muda. Sampai ada gurauan yang biasa kita dengar ketika itu, “Siapa pakai RX-Z, dialah paling hensem di kampung.”

Gurauan lain pun tidak kurang hebatnya. Kalau ada RX-Z, kononnya lebih senang dapat awek atau makwe. Sebagai orang muda pada waktu itu, benda-benda macam inilah yang membuatkan kita bersemangat. Dari sekadar tengok orang lain menunggang RX-Z, kita mula menyimpan duit dan memasang impian mahu memiliki sebuah.

Sebelum mempunyai RX-Z, kehidupan saya dengan motosikal agak berbeza. Banyak bergerak dengan berjalan kaki, pengangkutan awam, menumpang kawan dan kadang-kadang meminjam motosikal kawan. Jadi apabila akhirnya dapat membeli RX-Z sendiri, perasaannya memang lain. Ia seolah-olah satu langkah ke hadapan dalam hidup.

Ada satu kenangan yang sampai sekarang saya masih teringat. Pernah suatu ketika saya berhenti di hadapan 7-Eleven dan tertidur di atas RX-Z. Kepala saya terlentang di atas tangki minyak, manakala badan pula memanjang ke belakang. Sampai sekarang pun saya fikir, macam mana saya boleh tidur dalam keadaan begitu tanpa tergolek jatuh? Kalau dikenang semula, memang kelakar.

Kenangan seperti itulah yang membuatkan sejarah RX-Z bagi saya bukan sekadar cerita tentang tahun pengeluaran, jumlah cc atau berapa kelajuan transmisinya. Ada pengalaman hidup yang melekat bersama motosikal itu.

Tetapi sebelum RX-Z menjadi sebahagian daripada kenangan saya, motosikal ini sebenarnya sudah mempunyai perjalanan yang panjang di Malaysia.

1985: RX-Z Bermula Di Malaysia

Yamaha RX-Z mula diperkenalkan di pasaran Malaysia pada April 1985. Ia hadir sebagai motosikal naked dua lejang dengan kapasiti 133cc, menggunakan enjin satu silinder dan sistem penyejukan udara. Model awal menggunakan transmisi lima kelajuan dan sistem brek cakera di hadapan, dengan brek dram di belakang.

Pada ketika itu, reka bentuk RX-Z masih kelihatan sangat klasik jika dibandingkan dengan generasi yang datang kemudian. Cowl hadapan lebih kecil, grafik badannya mempunyai gaya retro dan ekzosnya pula masih menggunakan kemasan yang kelihatan lebih sederhana.

Spesifikasi asas RX-Z generasi awal

PerkaraRX-Z Generasi Awal
ModelYamaha RX-Z 135
Tahun diperkenalkan1985
Kapasiti enjin133cc
Jenis enjin1 silinder, 2-lejang
PenyejukanAir-cooled
Transmisi5-kelajuan
Brek depanCakera
Brek belakangDram
Kapasiti tangkiSekitar 13 liter
RekaanNaked / sport

Model pertama ini menjadi asas kepada perjalanan RX-Z yang panjang di Malaysia.

Daripada sebuah motosikal 5-speed pada tahun 1985, RX-Z kemudiannya melalui perubahan penting sebelum menjadi model 6-speed yang lebih dikenali oleh generasi pemilik pada akhir 1980-an dan awal 1990-an.

Timeline Sejarah Yamaha RX-Z 135 Di Malaysia

Sebelum kita masuk lebih jauh kepada setiap generasi, elok juga kita lihat perjalanan RX-Z secara ringkas. Dari tahun pertama ia diperkenalkan sehingga pengeluarannya dihentikan, RX-Z melalui beberapa perubahan penting yang akhirnya membentuk model yang kita kenal hari ini.

RX-Z mula diperkenalkan di Malaysia pada April 1985. Enjin 133cc, 2-lejang, 1 silinder, penyejukan udara dan 5-kelajuan. Brek cakera depan dan brek dram belakang.

1985

RX-Z 135 Generasi Pertama

RX-Z mula diperkenalkan di Malaysia pada April 1985. Enjin 133cc, 2-lejang, 1 silinder, penyejukan udara dan 5-kelajuan. Brek cakera depan dan brek dram belakang.

Tempoh generasi awal. Antara cirinya ialah transmisi 5-kelajuan, panel meter generasi awal dan sistem ekzos yang berbeza daripada model 6-speed kemudian.

1985–1987

RX-Z 5-Speed

Tempoh generasi awal. Antara cirinya ialah transmisi 5-kelajuan, panel meter generasi awal dan sistem ekzos yang berbeza daripada model 6-speed kemudian.

RX-Z mendapat transmisi 6-kelajuan bersama beberapa perubahan pada panel meter, suis hendal, sistem ekzos dan brek cakera depan. Tarikh perubahan sering dirujuk sebagai 1989, walaupun ada rujukan yang meletakkan kemas kini rasmi pada 1990.

1988–1989

RX-Z 6-Speed mula muncul

RX-Z mendapat transmisi 6-kelajuan bersama beberapa perubahan pada panel meter, suis hendal, sistem ekzos dan brek cakera depan. Tarikh perubahan sering dirujuk sebagai 1989, walaupun ada rujukan yang meletakkan kemas kini rasmi pada 1990.

RX-Z mendapat transmisi 6-kelajuan bersama beberapa perubahan pada panel meter, suis hendal, sistem ekzos dan brek cakera depan. Tarikh perubahan sering dirujuk sebagai 1989, walaupun ada rujukan yang meletakkan kemas kini rasmi pada 1990.

1990

RX-Z 6-Speed / Kemaskini rasmi

RX-Z mendapat transmisi 6-kelajuan bersama beberapa perubahan pada panel meter, suis hendal, sistem ekzos dan brek cakera depan. Tarikh perubahan sering dirujuk sebagai 1989, walaupun ada rujukan yang meletakkan kemas kini rasmi pada 1990.

Era 6-speed berkembang dengan pelbagai grafik dan variasi yang popular dalam pasaran tempatan. Boss menjadi antara nama yang paling dikenali oleh peminat.

Awal 1990-an

Era RX-Z Boss

Era 6-speed berkembang dengan pelbagai grafik dan variasi yang popular dalam pasaran tempatan. Boss menjadi antara nama yang paling dikenali oleh peminat.

Muncul pelbagai versi dan grafik yang sering disebut dalam komuniti RX-Z. Sesetengah nama variasi lebih banyak direkodkan dalam kalangan peminat berbanding dokumentasi rasmi

1990-an

Boss & variasi grafik

Muncul pelbagai versi dan grafik yang sering disebut dalam komuniti RX-Z. Sesetengah nama variasi lebih banyak direkodkan dalam kalangan peminat berbanding dokumentasi rasmi

Salah satu edisi yang sering dikaitkan dengan era penghujung 1990-an dan awal 2000-an. Model ini kemudiannya menjadi sangat terkenal dalam kalangan kolektor.

2000

Millennium RX-Z

Salah satu edisi yang sering dikaitkan dengan era penghujung 1990-an dan awal 2000-an. Model ini kemudiannya menjadi sangat terkenal dalam kalangan kolektor.

RX-Z dengan catalytic converter diperkenalkan untuk pasaran Malaysia pada Jun 2003.

2003

RX-Z Catalyzer diperkenalkan

RX-Z dengan catalytic converter diperkenalkan untuk pasaran Malaysia pada Jun 2003.

Menerima perubahan pada rupa, lampu, panel meter dan sistem ekzos dengan catalytic converter. Masih menggunakan asas 133cc 2-lejang dan 6-kelajuan.

2003–2004

RX-Z Catalyzer / Generasi Akhir

Menerima perubahan pada rupa, lampu, panel meter dan sistem ekzos dengan catalytic converter. Masih menggunakan asas 133cc 2-lejang dan 6-kelajuan.

Generasi terakhir RX-Z yang bertahan sehingga pengeluaran tamat.

2004–2011

RX-Z Catalyzer

Generasi terakhir RX-Z yang bertahan sehingga pengeluaran tamat.

Yamaha menghentikan pengeluaran RX-Z selepas kira-kira 26 tahun berada di pasaran sejak 1985.

Julai 2011

Pengeluaran tamat

Yamaha menghentikan pengeluaran RX-Z selepas kira-kira 26 tahun berada di pasaran sejak 1985.

Secara mudah, perjalanan RX-Z boleh dilihat begini:

1985 → RX-Z 5-Speed

Penghujung 1980-an → mula era 6-Speed

1990 → 6-Speed + YCLS + reka bentuk baharu

1990-an → Era Boss dan pelbagai variasi

2000 → Millennium

Jun 2003 → RX-Z Catalyzer

2004–2011 → Generasi akhir

Julai 2011 → Pengeluaran tamat

Timeline ini penting kerana ia menunjukkan bahawa RX-Z bukanlah satu model yang kekal sama selama 26 tahun. Ia berkembang sedikit demi sedikit mengikut perubahan zaman, walaupun asas 133cc dua lejang dan identiti RX-Z masih dikekalkan.

RX-Z 5-Speed Dan Aura Yang Mula Terbentuk

Apa yang menarik tentang RX-Z bukan semata-mata kerana ia menggunakan enjin dua lejang. Pada zaman itu memang terdapat pelbagai motosikal yang menggunakan teknologi dua lejang.

RX-Z mempunyai sesuatu yang membuatkan ia mudah mendapat perhatian.

Bentuknya nampak sporty tetapi tidak terlalu besar. Saiznya pula sesuai untuk kegunaan harian. Dalam masa yang sama, karakter enjinnya membuatkan ia terasa lebih bertenaga berbanding gambaran yang mungkin diberi oleh angka 133cc semata-mata.

Motosikal seperti ini sangat dekat dengan kehidupan anak muda ketika itu. Ia boleh digunakan untuk ke tempat kerja, ke sekolah, balik kampung, keluar dengan kawan atau sekadar pusing-pusing pada waktu petang.

Sebab itu RX-Z cepat membina pengikutnya sendiri.

Apabila semakin ramai orang muda menggunakan model ini, ia perlahan-lahan menjadi sebahagian daripada budaya permotoran Malaysia. Orang bukan sahaja mengenali RX-Z sebagai sebuah model Yamaha, tetapi mengenali rupanya dari jauh.

Dari 5-Speed Kepada 6-Speed

Salah satu perkembangan paling penting dalam sejarah RX-Z berlaku apabila sistem transmisinya dinaik taraf daripada lima kepada enam kelajuan.

Terdapat rujukan tempatan yang meletakkan perubahan ini pada tahun 1989, manakala rujukan sejarah model yang lebih kukuh meletakkan kemas kini rasmi 6-speed pada tahun 1990. Jadi lebih selamat untuk mengatakan RX-Z memasuki era 6-speed pada penghujung 1980-an, dengan 1990 sebagai tahun kemas kini rasmi yang lebih kukuh dalam rujukan sejarah.

Perubahan itu bukan sekadar menambah satu gear.

Pada generasi ini, Yamaha turut memperkenalkan Yamaha Computerized Lubrication System atau YCLS serta perubahan pada bahagian cowl hadapan dan panel meter. Terdapat juga perubahan pada komponen lain seperti sistem ekzos, suis handlebar dan rekaan brek cakera hadapan.

Antara ciri asas RX-Z 6-speed

PerkaraRX-Z 6-Speed
Kapasiti enjin133cc
Jenis enjin1 silinder, 2-lejang
PenyejukanAir-cooled
Transmisi6-kelajuan
Sistem minyak 2TYCLS
Brek depanCakera
Brek belakangDram
Kapasiti tangki13 liter
Berat keringSekitar 106 kg

Perubahan ini menjadikan RX-Z semakin matang sebagai sebuah motosikal yang bukan sahaja menarik dari segi rupa, tetapi juga mempunyai karakter mekanikal yang lebih lengkap.

Dan pada awal 1990-an, di sinilah cerita saya bersama RX-Z bermula.

Yamaha RX-Z Boss 6-Speed — Motor Pertama Saya

Sekitar 1993 hingga 1995, saya menggunakan Yamaha RX-Z Boss 6-speed.

Bagi saya ketika itu, perkataan “Boss” bukanlah sesuatu yang berkait dengan dunia kolektor seperti yang kita lihat sekarang. Saya tidak pernah terfikir pun bahawa beberapa puluh tahun kemudian, orang akan mencari model lama, keadaan cat asal, nombor enjin, nombor casis dan komponen original.

Pada masa itu saya cuma tahu saya mempunyai sebuah RX-Z yang saya suka.

Saya menggunakannya untuk kerja despatch. Jadi motosikal itu memang melalui kehidupan sebenar. Bergerak setiap hari, digunakan untuk mencari rezeki dan pada masa yang sama menjadi kenderaan untuk saya keluar beriadah.

Sebab itulah apabila saya melihat kembali RX-Z hari ini, saya tidak terus teringat tentang harga pasaran atau nilai koleksi. Saya lebih teringat zaman ketika motosikal itu masih digunakan sebagai motosikal.

RX-Z, Kawasaki KIPS Dan Suzuki Panther

Awal 1990-an juga merupakan zaman yang agak menarik dalam dunia motosikal dua lejang berprestasi di Malaysia.

RX-Z bukan seorang diri. Ada beberapa model lain yang turut menarik perhatian peminat motosikal ketika itu, termasuk Kawasaki KR150 yang terkenal dengan sistem KIPS dan Suzuki TXR150 atau Panther.

Rekod pendaftaran kenderaan lama di Perak juga menunjukkan kewujudan Kawasaki KR150 tahun 1992 dan Suzuki TXR150 tahun 1991 dalam rekod rasmi, menunjukkan kedua-dua model ini memang berada dalam ekosistem permotoran tempatan pada era tersebut.

Namun, sejarah setiap model tidak sama. Suzuki Panther/TXR150 sebenarnya mempunyai perjalanan yang lebih awal dan pengeluarannya berakhir lebih awal berbanding RX-Z. Jadi menjelang awal 1990-an, unit Panther masih boleh ditemui di jalan raya walaupun model tersebut bukan lagi berada pada kedudukan yang sama seperti ketika ia mula diperkenalkan.

Gambaran motosikal yang bersaing dalam era tersebut

ModelKapasitiEnjinKarakter
Yamaha RX-Z133cc2-lejangRingan, sporty, popular dan mudah digunakan harian
Kawasaki KR150 KIPS148cc2-lejangLebih berorientasikan prestasi
Suzuki Panther / TXR150147cc2-lejangSporty dan antara pilihan era terdahulu

Bagi anak muda ketika itu, pilihan motosikal bukan sekadar soal jenama. Rupa, bunyi enjin, prestasi, harga dan kemampuan untuk memiliki motosikal tersebut semuanya memainkan peranan.

Tetapi RX-Z mempunyai kelebihan yang sukar dinafikan: ia cukup sporty untuk membuatkan pemilik berasa bangga, tetapi masih praktikal untuk digunakan setiap hari.

Konvoi Zaman Dahulu

Sekarang bila kita melihat acara RX-Z yang menghimpunkan pemilik dari pelbagai negeri, jumlah motosikal yang hadir boleh menjadi sangat besar.

Dulu keadaannya jauh berbeza.

Konvoi lebih kecil dan lebih spontan. Biasanya beberapa orang kawan sahaja. Tidak ada Facebook, TikTok atau group WhatsApp untuk menyusun perjalanan beramai-ramai. Kadang-kadang cukup sekadar berjanji secara lisan atau telefon seorang demi seorang.

Tetapi walaupun kecil, perasaan ketika itu tetap seronok.

Motosikal menjadi alasan untuk berkumpul. Kita bukan sekadar mahu sampai ke sesuatu tempat, tetapi mahu menikmati perjalanan bersama kawan-kawan.

Bila difikirkan semula, mungkin itulah salah satu perkara yang membuatkan kenangan RX-Z begitu kuat. Ia muncul dalam satu zaman yang kehidupannya sendiri sudah jauh berbeza daripada sekarang.

1996: Saya Beralih Kepada Yamaha TZM 150

Pada tahun 1996, saya beralih pula kepada Yamaha TZM 150.

Bagi saya secara peribadi, pengalaman menunggang TZM memang berbeza daripada RX-Z. Saya merasakan TZM lebih stabil dan lebih “solid” ketika mengambil selekoh. Reka bentuknya pula menggunakan full fairing, membuatkan motosikal itu kelihatan seperti sebuah mini superbike atau jentera perlumbaan pada zaman tersebut.

Bagi anak muda ketika itu, rupa motosikal memang memainkan peranan besar. Bila melihat TZM yang penuh dengan fairing, memang mudah untuk membayangkan diri seperti sedang menunggang motosikal perlumbaan.

Tetapi walaupun saya sudah beralih kepada model lain, kenangan terhadap RX-Z tetap ada kerana RX-Z merupakan motosikal pertama saya.

Kemudian saya pernah memiliki Aprilia 250 pula. Bagi saya, motosikal itu seakan melengkapkan impian untuk memiliki sebuah jentera yang mempunyai bentuk dan sistem yang lebih hampir kepada motosikal perlumbaan atau superbike.

Selepas itu, perjalanan saya dalam dunia motosikal semakin berubah.

Tetapi cerita RX-Z masih belum habis.

RX-Z Terus Hidup Selepas Saya Beralih

Walaupun saya sudah meninggalkan RX-Z, model itu terus bertahan di pasaran Malaysia.

Ini sebenarnya salah satu perkara yang paling menarik mengenai RX-Z. Banyak model motosikal yang diperkenalkan pada era yang sama sudah lama hilang daripada jalan raya, tetapi RX-Z terus melalui pelbagai perubahan dan variasi.

Ia kekal menggunakan asas enjin dua lejang 133cc, enam kelajuan dan reka bentuk yang kemudiannya berkembang mengikut zaman.

Dalam perjalanan tersebut muncul pelbagai variasi dan grafik yang membuatkan rupa RX-Z berubah sedikit demi sedikit.

Antara nama yang sering disebut oleh peminat lama ialah Boss dan Millennium. Namun untuk beberapa nama variasi tertentu yang sering beredar dalam komuniti peminat, tidak semua maklumat sejarahnya mempunyai dokumentasi rasmi yang cukup jelas. Jadi lebih baik kita berhati-hati daripada menganggap setiap nama yang popular dalam kalangan peminat sebagai nama rasmi generasi Yamaha.

Yang pasti, RX-Z memang mempunyai cukup banyak variasi dan perubahan kosmetik sehingga menjadikan setiap generasi menarik untuk dibincangkan.

Millennium Dan Zaman Awal 2000-an

Memasuki era sekitar tahun 2000, RX-Z masih lagi mempunyai tempat yang kuat dalam pasaran.

Nama Millennium sering digunakan bagi merujuk kepada salah satu variasi RX-Z yang menjadi perhatian peminat. Tetapi tahun tepat bagi sesuatu varian atau perubahan kecil kadangkala berbeza mengikut sumber dan nombor siri, sebab itu sejarah RX-Z lebih selamat dibaca berdasarkan perubahan generasi dan ciri teknikal berbanding bergantung sepenuhnya kepada nama yang digunakan oleh komuniti.

Apa yang jelas ialah RX-Z berjaya bertahan ketika industri motosikal sudah mula berubah.

Motosikal empat lejang semakin banyak. Teknologi semakin moden. Reka bentuk pula semakin agresif.

Namun RX-Z masih mempunyai kelompok peminatnya sendiri.

2003: Lahirnya RX-Z Catalyzer

Salah satu perubahan paling penting pada penghujung hayat RX-Z ialah kemunculan versi Catalyzer.

Banyak artikel di internet meletakkan tahun 2004 sebagai tahun kemunculan RX-Z Catalyzer. Namun berdasarkan dokumentasi dan siaran akhbar Hong Leong Yamaha Motor, RX-Z Catalyzer sebenarnya sudah diperkenalkan kepada pasaran Malaysia pada Jun 2003.

Model ini menerima beberapa perubahan pada bahagian luaran. Cowl hadapan direka semula, lampu signal berubah, panel meter diperbaharui dan lampu belakang mendapat reka bentuk baharu yang lebih moden. Pemegang tempat duduk belakang aluminium turut menjadi salah satu cirinya.

Perubahan yang paling ketara sudah tentu ialah penggunaan sistem ekzos dengan catalytic converter atau pemangkin asap.

Tujuannya ialah untuk mengurangkan pelepasan asap dan gas-gas teroksida daripada enjin dua lejang, selaras dengan piawaian emisi yang semakin ketat ketika itu.

Spesifikasi asas Yamaha RX-Z Catalyzer

PerkaraRX-Z Catalyzer
Kapasiti enjin133cc
Jenis enjin1 silinder, 2-lejang
PenyejukanAir-cooled
Transmisi6-kelajuan
Kuasa maksimum20PS @ 8,500 rpm
Tork maksimum18.14Nm @ 7,500 rpm
Kapasiti tangki13 liter
Berat kering106 kg
Brek depanCakera
Brek belakangDram
Sistem ekzosCatalyzer / catalytic converter

Walaupun rupa sudah banyak berubah, asas RX-Z masih kekal. Ia masih 133cc, masih dua lejang dan masih menggunakan transmisi enam kelajuan.

Itulah salah satu perkara yang membuatkan RX-Z unik. Ia berjaya bertahan begitu lama tanpa kehilangan identitinya.

Bila RX-Z Mula Menjadi Barang Koleksi

Ketika RX-Z masih berada di pasaran, mungkin tidak ramai yang menjangka bahawa suatu hari nanti motosikal ini akan menjadi barang buruan kolektor.

Tetapi selepas pengeluarannya dihentikan, keadaan mula berubah.

Model yang dahulu dianggap sebagai motosikal biasa mula dilihat sebagai sebahagian daripada sejarah. Unit yang masih dalam keadaan baik dan mempunyai banyak komponen asal semakin mendapat perhatian peminat.

Bagi kolektor, keadaan motosikal menjadi sangat penting.

Antara perkara yang biasanya diperhatikan

BahagianApa yang perlu diperiksa
Cat & grafikKeadaan cat asal, pelekat dan warna
MeterMeter original dan keadaan panel
EkzosBentuk, nombor dan keaslian komponen
Rim & lampuKeadaan dan kesesuaian dengan generasi
EnjinKeadaan dalaman, nombor enjin dan modifikasi
CasisNombor casis
Geran / dokumenStatus pemilikan dan rekod
Keadaan keseluruhanOriginal atau sudah banyak diubah suai

Sebab itu dua buah RX-Z yang kelihatan sama dari jauh boleh mempunyai nilai yang sangat berbeza apabila diperiksa dengan lebih dekat.

Sebuah unit yang sudah banyak diubah suai mungkin lebih laju, tetapi bagi kolektor, unit yang masih dekat dengan keadaan asal kadangkala jauh lebih menarik.

RX-Z Dan Gelaran “Raja Jalanan”

RX-Z juga mempunyai satu sisi lain dalam budaya popular Malaysia. Ia pernah mendapat gelaran “raja jalanan” dan sering dikaitkan dengan perlumbaan jalanan serta budaya Mat Rempit.

Tetapi kalau melihat kembali zaman tersebut secara lebih luas, imej RX-Z sebenarnya tidak hanya terikat kepada perkara itu. Ia juga merupakan motosikal yang digunakan dalam kehidupan biasa sebagai kenderaan untuk bekerja, bergerak ke sana sini, balik kampung dan mengisi masa lapang.

Apa yang berlaku di jalan raya akhirnya banyak bergantung kepada pemiliknya, bukannya kepada motosikal itu sendiri.

Mungkin kerana RX-Z begitu kuat dalam kalangan anak muda, ia akhirnya membawa bersama pelbagai imej. Ada unsur gaya, kebebasan, persahabatan dan semangat muda. Sebab itu apabila orang bercakap tentang RX-Z, mereka bukan bercakap tentang enjin sahaja.

Mereka sebenarnya sedang bercakap tentang satu zaman.

2011: Perjalanan RX-Z Berakhir

Selepas lebih kurang 26 tahun berada dalam pasaran, pengeluaran Yamaha RX-Z akhirnya dihentikan pada Julai 2011.

Pada ketika itu, dunia motosikal sudah berubah jauh.

Teknologi empat lejang semakin dominan. Piawaian emisi semakin ketat dan motosikal moden semakin banyak menggunakan teknologi yang lebih bersih dan lebih efisien.

RX-Z sebagai sebuah motosikal dua lejang akhirnya sampai ke penghujung perjalanannya.

Tetapi seperti yang kita tahu sekarang, berhentinya pengeluaran bukan bermaksud tamatnya cerita.

Sebaliknya, ia membuka satu cerita baru.

Cerita tentang bagaimana motosikal yang pernah digunakan untuk ke tempat kerja dan bergerak setiap hari, akhirnya menjadi sebahagian daripada koleksi, nostalgia dan sejarah permotoran Malaysia.

Bila Teringat RX-Z, Teringat Zaman Itu

Bila saya melihat semula gambar RX-Z hari ini, perkara pertama yang datang dalam fikiran bukanlah berapa harga sebuah unit original atau berapa tinggi nilai pasaran model tertentu.

Saya lebih teringat zaman ketika motosikal itu masih menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian.

Zaman ketika hendak memiliki sebuah motosikal sendiri pun sudah cukup menggembirakan. Zaman ketika kita boleh keluar bersama beberapa orang kawan dan menganggap itu sudah cukup sebagai satu konvoi. Zaman ketika sebuah motosikal boleh membuatkan seorang anak muda berasa lebih yakin terhadap dirinya sendiri.

RX-Z mungkin bagi sesetengah orang hanyalah sebuah Yamaha 133cc dua lejang. Tetapi bagi generasi yang pernah hidup dengannya, cerita itu lebih panjang daripada spesifikasi.

RX-Z tetap mempunyai tempatnya sendiri dalam ingatan.

Mungkin itu sebabnya sampai hari ini, apabila terdengar bunyi enjin dua lejang atau terlihat sebuah RX-Z lama melintas di jalan, ada rasa tertentu yang terus muncul.

Bukan kerana motor itu masih paling laju.

Bukan juga kerana ia masih teknologi terbaik.

Tetapi kerana sebuah motosikal kadang-kadang menyimpan cerita hidup pemiliknya.

Dan bagi mereka yang pernah hidup pada zaman RX-Z, mungkin mereka faham kenapa satu nama seperti RX-Z 135 boleh membuat kita teringat kembali kepada zaman yang sudah lama berlalu.


Share

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles
Gaya HidupHaiwanRencana

Jenis Umpan Ikan Sungai di Malaysia

Memilih umpan ikan sungai bukan sekadar membawa satu jenis umpan dan menunggu...

Gaya HidupRencana

Ujian Urine Ganja: Berapa Lama Boleh Dikesan

Ramai orang mencari jawapan kepada soalan mudah: “Kalau seseorang hisap ganja, berapa lama...

HaiwanRencana

15 Jenis Ikan Koi yang Popular: Kenali Warna, Corak dan Ciri-Cirinya

Import demos, pages or elements separately with a click as needed. Single...

Gaya Hidup

Panas Baran: Kesan terhadap Kesihatan, Hubungan dan Kualiti Hidup

Ditulis oleh: ResellerMY Editorial TeamDikemas kini: 24 Ogos 2026 Panas baran sering...